Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari (tengah) menyaksikan memorandum persefahaman diantara Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Foto: TVS

Sarawak sedia kongsi sistem digital e-LASIS JTS dengan negeri lain – Abang Johari

KUCHING, 18 Sept : Sarawak bersedia berkongsi kepakaran dimiliki melibatkan sistem maklumat Jabatan Tanah dan Survei (JTS) e-LASIS dengan negeri lain, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Premier Sarawak itu, JTS kini berupaya mengeluarkan surat hak milik tanah kepada penerima dalam tempoh satu hari sahaja sekaligus menarik minat pihak luar.

Abang Johari turut berkongsi pujian diberikan seorang negarawan berhubung penggunaan kaedah digital digunakan JTS.

“Saya bertemu dengan seorang negarawan.Apabila saya beritahu surat tanah dapat dikeluarkan dan ditunjukkan kedudukan (tanah), beliau kagum dan bertanya sama ada negeri lain ikut (laksanakan) proses ini.

“Saya jawab tidak pasti namun kita (Sarawak) boleh kongsi (kaedah pendigitalan digunakan JTS Sarawak) dengan negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei Sarawak (HITS) di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Dato Dr Juanda Jaya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Abang Johari perkara, negarawan itu merupakan tokoh yang sangat disegani dan menyedari transformasi dilakukan Sarawak dalam soal tadbir urus hal berkaitan tanah di negeri ini.

Sementara itu, pada majlis berkenaan turut berlangsung upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) membabitkan JTS dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Land Surveyors Board Sarawak, The Association of Consulting Licensed Land Surveyors Sarawak (ACLS) dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Sementara itu Abang Johari berkata, kerajaan negeri akan menambah seramai 400 juruukur bagi memenuhi kehendak projek pembangunan di Sarawal.

Pertambahan itu kata beliau penting bagi memenuhi tiga sektor pembangunan pasca COVID-19 meliputi kekuatan sumber asli termasuk teknologi hijau, tenaga solar terapung yang boleh digunakan dalam teknologi hijau dan penyukatan tanah bagi kediaman, premis dan pembangunan pusat bandar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan