Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak menang emas dan gangsa acara rejam lembing wanita SUKMA 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Foto Penang Sport Council.

SUKMA : Sarawak kuasai acara rejam lembing wanita

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 17 Sept : Sarawak menambah kilauan emas acara olahraga menerusi Ng Jing Xuan yang mengungguli acara rejam lembing wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20.

Jing Xuan, 18, melakukan rejaman sejauh 43.45 meter untuk menewaskan wakil Pulau Pinang, J. Pavithraa Devi yang melakukan catatan 43.42 meter.

Gangsa turut diraih atlet Sarawak, Farisha Athirah Wai yang merekodkan 39.93 meter.

Aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil turut menyaksikan Sarawak turut meraih pingat gangsa dalam acara lompat kijang lelaki menerusi Brendon Ting Li King.

Emas acara itu menjadi milik Sabah menerusi wakilnya, Andre Anura @ Anuar dan Selangor meraih pingat perak. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan