Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir pada Pesta Air Sibu Jaya di sini semalam. Foto TVS.

Pesta Air Sibu Jaya mampu dijadikan produk pelancongan – Abdul Karim

SIBU, 17 Sept : Pesta Air Sibu Jaya berpotensi untuk dijadikan acara tahunan kerana mempunyai tarikan dan keunikan yang tersendiri,kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, perkara itu dapat dilaksanakan memandangkan pesta berkenaan berjaya menarik kehadiran ribuan pengunjung.

“Saya percaya berdasarkan sambutan yang cukup baik ini, tidak salah untuk kita menganjurkan sekali lagi kerana membawa kemeriahan kepada penduduk tempatan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pesta itu di Boulevard Sibu Jaya semalam.

Pesta Air Sibu Jaya berjaya menarik kehadiran lebih 3,000 pengunjung tempatan dan luar kawasan untuk menyaksikan pelbagai acara menarik yang dianjurkan.

Sementara itu, Abdul Karim turut meluahkan kegembiraan kerana siri ketiga pesta berkenaan dapat dijalankan tahun ini setelah dua tahun tertangguh ekoran pandemik COVID-19.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Sarawak Research and Development Council (SRDC) yang telah menganjurkan acara ini bersama-sama dengan Amcorp Cooperation,”katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan