Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis bermula jam 8 malam itu dimulakan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan oleh artis tempatan dan jemputan serta penyanyi terkenal antaranya Datuk M. Nasir, Andi Bernadee (Sabah), Ramles Walter, Florence Lo, Claudia Geres, Safar Ghafar, Sazia Selir dan Max Kueh. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Lebih 10,000 meriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sarawak

BINTULU, 17 Sept : Lebih 10,000 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sarawak di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, di sini, malam tadi.

Majlis bermula jam 8 malam itu dimulakan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan oleh artis tempatan dan jemputan serta penyanyi terkenal antaranya Datuk M. Nasir, Andi Bernadee (Sabah), Ramles Walter, Florence Lo, Claudia Geres, Safar Ghafar, Sazia Selir dan Max Kueh.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, dalam ucapannya, berkata jumlah yang hadir adalah melebihi 10,000 orang berbanding jangkaan 5,000 orang oleh penganjur sambutan bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Tetamu kehormat majlis sambutan tersebut adalah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Turut hadir Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta dif-dif kehormat yang lain.

Kemuncak sambutan diakhiri dengan pertunjukan bunga api berirama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan