Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memaklumkan kaedah pelaksanaan pinjaman terkini bagi golongan M40 (M1) dan pinjaman komputer riba bagi golongan berkenaan dalam masa terdekat selepas dimuktamadkan.

PTPTN umum kaedah pinjaman terkini untuk M40 dalam masa terdekat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Sept : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memaklumkan kaedah pelaksanaan pinjaman terkini bagi golongan M40 (M1) dan pinjaman komputer riba bagi golongan berkenaan dalam masa terdekat selepas dimuktamadkan.

Ini berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai kenaikan pinjaman PTPTN kepada golongan itu daripada 75 peratus kepada 100 peratus serta kemudahan pinjaman komputer riba.

Dalam kenyataan hari ini, PTPTN menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas pengumuman tersebut.

“Pengumuman ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan serta kepentingan mahasiswa Keluarga Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, PTPTN memaklumkan bahawa peminjam yang menamatkan pengajian bermula 2019 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama layak membuat permohonan untuk pengecualian bayaran balik pinjaman, yang dibuka sejak semalam hingga 31 Dis.

“Peminjam boleh memohon secara dalam talian di portal rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, peminjam juga boleh menghubungi PTPTN melalui Careline PTPTN di 03-2193 3000 (operasi Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang), Live Chat di www.ptptn.gov.my atau media sosial rasmi PTPTN. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan