Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Abu Bakar berkata, program itu dianjurkan secara bersama oleh pihaknya dengan Persatuan Penternak dan Lumba Kerbau Limbang (PPLKL) dan Pejabat Residen Bahagian Limbang. Foto TVS

Pesta Bedudun dan Lumba Kerbau 2022 kembali Oktober depan

LIMBANG, 16 Sept : Pesta Bedudun dan Pesta Lumba Kerbau 2022 edisi kelapan yang akan berlangsung bulan depan telah disenaraikan sebagai acara pelancongan utama di Sarawak tahun ini.

Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML), Mohamad Abu Bakar berkata, program itu dianjurkan secara bersama oleh pihaknya dengan Persatuan Penternak dan Lumba Kerbau Limbang (PPLKL) dan Pejabat Residen Bahagian Limbang.

“Pesta yang mula dianjurkan pada 2012 ini akan berlangsung di Kampung Meritam pada 14 hingga 16 Oktober depan.

“Acara yang paling dinantikan ialah lumba kerbau yang membabitkan 40 ekor kerbau bagi tiga kategori iaitu lumba berganti -ganti, kerbau besar dan kerbau kecil,” katanya pada sidang media selepas mensyuarat pesta berkenaan semalam.

Katanya acara kali ini bertemakan Budaya Bersatu Melalui Budaya Pelancongan Terus Maju.

“Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dijangka akan hadir memeriahkan acara bersama jangkaan lebih 3,000 pengunjung,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan