Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia 2022 menerusi poster yang dimuat naik melalui Facebook rasmi Istana Negara, hari ini. Foto: Facebook Istana Negara.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Sept : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia 2022.

Ucapan itu dizahirkan baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik melalui Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

“Selamat menyambut Hari Malaysia 2022 16 September 2022.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Malaysia terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman dan musibah, diberkati dan dikurniakan kemakmuran serta perpaduan yang berkekalan,” menurut catatan di poster berkenaan.

Baca artikel berkaitan > > > PM Ismail Sabri ucap Selamat Hari Malaysia, mahu sambutan jadi pemangkin perpaduan rakyat

Hari Malaysia yang disambut 16 Sept setiap tahun diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia.

Tahun ini, sambutan peringkat kebangsaaan akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka, malam ini.

Ia juga merupakan sambutan peringkat kebangsaan julung kali diadakan di Semenanjung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan