Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mencadangkan penerjun BASE di negeri ini supaya menubuhkan persatuan atau akademi bagi melatih lebih ramai penerjun dalam sukan lasak itu. Foto Sibu International BASE Jump
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mencadangkan penerjun BASE di negeri ini supaya menubuhkan persatuan atau akademi bagi melatih lebih ramai penerjun dalam sukan lasak itu. Foto Sibu International BASE Jump

Abdul Karim cadang penerjun BASE tubuhkan akademi

SIBU, 16 Sept : Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mencadangkan penerjun BASE di negeri ini supaya menubuhkan persatuan atau akademi bagi melatih lebih ramai penerjun dalam sukan lasak itu.

Beliau berkata selain memudahkan kerajaan negeri menyalurkan bantuan bagi memajukan lagi sukan lasak itu seperti mana sukan lain, persatuan atau akademi ini dapat menjadi badan yang boleh memberikan latihan khusus memandangkan ia bukan sukan yang mudah untuk disertai.

“Jika ada akademi atau seseorang yang bersedia melatih, saya yakin ramai penggemar terjunan BASE di luar sana yang sukakan cabaran seperti terjun dari pesawat atau bangunan, akan turut serta,” katanya kepada media selepas merasmikan pelepasan terjunan Sibu International BASE Jump di Dataran Tun Tuanku Bujang di sini hari ini.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata acara terjunan BASE itu, yang merupakan satu-satunya acara seumpamanya di negeri ini menjadi produk pelancongan unik yang ditawarkan di sini.

Acara berkenaan mula diperkenalkan pada 2009 dan sejak itu menjadi acara tahunan yang menarik ramai penerjun BASE antarabangsa untuk melakukan terjunan dari Bangunan Wisma Sanyan setinggi 125 meter yang merupakan bangunan tertinggi di Sarawak.

Tahun ini, 33 penerjun dari Malaysia, Amerika Syarikat dan Australia mengambil bahagian dalam acara itu yang tidak dapat dilangsungkan sejak dua tahun lepas berikutan pandemik COVID-19. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan