KUALA LUMPUR, 15 Sept : Jaguh lontar peluru wanita Sarawak, Grace Wong menyumbang pingat perak acara berkenaan kepada kontinjen Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke – 20 hari ini.
Grace yang meraih emas acara berkenaan pada Sukan Sea Vietnam lalu terpaksa akur kepada atlet Pahang, Nani Sahirah Maryata yang melakukan lontaran 13.38 meter.
Wanita besi Sarawak itu melakukan catatan 12.44 meter manakala gangsa juga menjadi milik Pahang menerusi Nurrul Ainin Syauqina.
Sementara itu, Vanessa Niega Franky menyumbang pingat gangsa kepada Sarawak dalam acara lempar cakera wanita.
Vaneesa Niega melakukan lemparan sejauh 35.38 meter.
Emas dimenangi wakil Johor, Nur Atiqah Sufiah Md Hanizam yang melakukan 44.99 meter manakala Nani Sahiran Maryata dari Pahang membawa pulang perak.
Acara olahraga setakat ini turut menghadiahkan emas kepada Sarawak menerusi Jonah Chang Rigan yang mengungguli lontar peluru lelaki pagi tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil. -TVS