KUALA LUMPUR, 15 Sept : Atlet lontar peluru,Jonas Chang Rigan memulakan kempen emas Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke – 20 apabila mengunguli acara berkenaan di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Jonas Ragan mencatatkan lontaran sejauh 16.65 meter untuk menewaskan wakil Perak, Kamal Farhan A Rahman yang melakukan 16.31 meter.
Gangsa pula menjadi milik Farm Long Deng dari Johor yang merekodkan 15.84 meter.
Jonas Chang,19, berkata, dia bersyukur kerana berjaya menyumbang emas pertama untuk kontinjen Bumi Kenyalang.
“Sebenarnya saya hanya sempat berlatih beberapa minggu sahaja kerana baharu pulang dari Colombia kerana menyertai Kejohanan Olahraga Remaja Dunia, “katanya kepada portal Majlis Sukan Negara.
Jonas berkata, dia berterima kasih ibu – bapa dan rakan – rakannya yang memberi sokongan dan berharap agar atlet Sarawak yang lain terus bersemangat memburu kejuaraan pada SUKMA ini.
“Kata – kata saya kepada rakan atlet lain Agi Hidup Agi Ngelaban,”katanya. -TVS