Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Drama dialek Sarawak Tilit-Tilit Cinta telah mencipta sejarah akan ditayangkan di Netflix bermula Jumaat ini. Foto: TVS

Drama Tilit-Tilit Cinta akan ditayangkan di Netflix bermula esok

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 15 Sept: Drama yang menampilkan dialek Sarawak,Tilit-Tilit Cinta mencipta sejarah sebagai produksi menggunakan dialek Sarawak pertama akan ditayangkan di Netflix bermula esok.

Kejayaan itu diumumkan di majlis khas di pawagam TGV, Vivacity Megamall semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada TVS dan kumpulan produksi yang berjaya membawa drama itu ke Netflix.

Watak utama dilakonkan oleh Haziq Fadhullah dan Dee Dee A’iene dalam drama Tilit-Tilit Cinta.

“Ini merupakan bukti bahawa karya penggiat kandungan kreatif di Malaysia mempunyai keunikannya yang tersendiri serta sesuai untuk tontonan masyarakat di seluruh dunia walaupun menggunakan dialek Sarawak sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Dr Md Nasir, drama itu juga akan mempromosikan kepelbagaian sosio budaya masyarakat Sarawak dan beliau yakin Tilit-Tilit Cinta akan berjaya menambat hati penonton tempatan dan luar negara.

Drama bersiri 13 episod terbitan Vian Media itu diadaptasi daripada teater Latif vs Maryam yang dibiayai oleh FINAS melalui Dana Kandungan Digital (DKD).

Drama itu ditayangkan di TVS saluran 122 Astro dan MyFreeview pada tahun lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Media Group (SMG), Rizal Zulkapli berkata, permohonan TVS Pitch-It Siri 2/2022 telah dibuka bermula 1 September sehingga 20 Oktober 2022.

Sehubungan itu beliau menyeru penggiat industri kandungan kreatif tempatan untuk menghantar idea masing – masing.

Turut hadir dalam majlis semalam ialah Ketua Penolong Pengarah FINAS Sarawak, Maffizan Saupie,Pengarah Urusan MyContent Distribution, Lyn Nasihin dan Jason Chong, Penerbit Eksekutif Vian Media. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan