Mendiang berusia 86 tahun.
Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC Tan Sri Dr S. Subramaniam ketika dihubungi Bernama.
“Saya menerima panggilan pagi tadi memaklumkan beliau (Samy Vellu) meninggal dunia ketika tidur,” katanya.
Subramaniam berkata upacara pengebumian akan dimaklumkan keluarga mendiang kelak.
Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.
Sementara itu, bekas Setiausaha Akhbar Samy Vellu Datuk E. Sivabalan berkata orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir boleh berbuat demikian di rumah mendiang beralamat di No.19, Lengkongan Vethavanam, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh, selepas 2 petang hari ini.
Sivabalan dalam satu kenyataan ringkas bagi pihak keluarga berkata mayat mendiang Samy Vellu akan dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di Cheras esok.
“Keranda akan dibawa meninggalkan kediaman pada pukul 3 petang esok dan dijangka tiba di krematorium pada pukul 4 petang,” katanya. -TVS