Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki menggesa anggota perkhidmatan awam supaya menjalankan tinjauan dengan lebih kerap terutamanya di kawasan luar bandar. Foto: TVS.

Penjawat awam, sila turun padang – SUK Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 14 Sept : Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki menggesa anggota perkhidmatan awam supaya menjalankan tinjauan dengan lebih kerap terutamanya di kawasan luar bandar.

Kata beliau, proses berkenaan akan membantu penjawat awam memperoleh maklumat semasa tentang perkara yang berlaku di lokasi berkenaan.

“Inilah tanggungjawab kita untuk sama-sama memastikan mereka (di kawasan luar bandar) boleh menikmati kemudahan seperti yang kita peroleh,” katanya.

Mohamad Abu Bakar berkata demikian ketika berucap pada Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, beliau bekata, proses, dasar dan prosedur yang lama perlu dipinda dan ditambah baik agar selaras dengan pembangunan sosioekonomi semasa.

“Ada proses kita buat pada tahun 1970-an yang sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.

“Mungkin juga ada strategi dan rancangan yang dicadangkan sebelum ini belum dilaksanakan atau perlu ditambah baik, jadi kita perlu lihat semula,” katanya.

Hari Inovasi dan Integriti Sarawak yang dianjurkan oleh Jabatan Tanah dan Survei adalah untuk menyemarakkan program bulan inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak 2022.

Acara tersebut juga berhasrat untuk melahirkan idea-idea bernas untuk menambah baik proses kerja dan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan