Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg ( dua dari kiri ) mengetuai mesyuarat majlis kepimpinan tertinggi GPS di BCCK. Foto: TVS

MKMA63 bincang 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak

KUCHING, 14 Sept : Isu tuntutan untuk mengembalikan 35 peratus kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak akan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) akan datang.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, walaupun perkara itu sudah dipersetujui secara perinsip namun ianya perlu diperhalusi pada mesyuarat berkenaan.

“Selepas itu, jika ianya dipersetujui, maka tindakan selanjutnya perlu dilaksanakan untuk merealisasikan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam tadi.

Yang turut hadir, tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pertambahan kerusi Parlimen itu kelak akan memperkukuhkan lagi suara kedua-dua wilayah ini di Dewan Rakyat.

“Suara yang kuat dari Sarawak akan membolehkan kita memainkan peranan dengan lebih berkesan di peringkat nasional.

“Kita juga berpandangan bahawa kestabilan politik negara adalah sangat penting,”katanya.

Tambah Abang Johari, MKMA 63 juga akan menyentuh dua perkara utama lain iaitu kesihatan dan pentadbiran.

“Pentadbiran kedua – dua bidang ini berada di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan namun pemerkasaan kuasa Sabah dan Sarawak perlu bagi membolehkan perlaksanaan dasar yang bersesuaian dengan keperluan di sini,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan