Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JPJ serbu syarikat pengendali aplikasi pengantara lesen tamat tempoh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyerbu syarikat pengendali aplikasi pengantara di Bukit Bintang Kuala Lumpur pada 7 Sept lepas kerana beroperasi dengan lesen perniagaan pengantara yang telah tamat tempoh. Foto: BERNAMA

JPJ serbu syarikat pengendali aplikasi pengantara lesen tamat tempoh

ByBernama

PUTRAJAYA, 14 Sept: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyerbu syarikat pengendali aplikasi pengantara di Bukit Bintang Kuala Lumpur pada 7 Sept lepas kerana beroperasi dengan lesen perniagaan pengantara yang telah tamat tempoh.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim dalam kenyataan hari ini berkata tindakan penguatkuasaan JPJ itu adalah selaras dengan Seksyen 12A Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 iaitu syarikat disyaki mengendalikan atau mengadakan perniagaan pengantaraan tanpa lesen pengantara yang sah.

Beliau berkata syarikat itu boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 12A (1)(8) akta berkenaan yang antara lain memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah.

Katanya pihak JPJ turut menyita beberapa peralatan komputer dan barangan pengiklanan operasi syarikat tersebut untuk siasatan lanjut seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 222 APAD 2010.

Zailani seterusnya menasihatkan mana-mana syarikat yang hendak menjalankan perniagaan pengantara dan pemandu kenderaan e-hailing supaya berdaftar serta dilesenkan di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

“Orang awam yang menjadi penumpang perkhidmatan kenderaan e-hailing juga dinasihatkan untuk memastikan aplikasi itu adalah berdaftar serta dilesenkan, supaya penumpang mendapat jaminan perlindungan insurans semasa menggunakan perkhidmatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata JPJ akan terus memantau perkhidmatan syarikat pengendali perniagaan pengantaraan (EHO) bagi mengesan syarikat yang mengendalikan perniagaan pengantara tanpa lesen dan kenderaan perkhidmatan e-hailing yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan APAD 2010. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan