Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman memberi kata - kata semangat kepada pemain Sarawak selepas perlawanan di Stadium UNITEN Bangi, di sini petang tadi. Foto Firdaus Ismail (TVS).

Fazzrudin yakin Sarawak akan bangkit perlawanan terakhir bola sepak SUKMA

ByFirdaus Ismail

BANGI, 14 Sept :  Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman yakin skuad bola sepak Sarawak akan bangkit pada perlawanan terakhir menentang Johor pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke – 20.

Fazzrudin yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan di Stadium UNITEN di sini berkata, beliau amat berpuas hati dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemain Sarawak terutamanya pada babak kedua.

“Apabila bermain dengan 10 pemain disebabkan kad merah, semangat pemain Sarawak tidak luntur malah terus melawan namun keputusan tidak berpihak kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Dalam aksi petang tadi, Sarawak yang dibimbing Safri Amit gagal meneruskan rentak cemerlang apabila tewas tipis 0-1 kepada Pahang.

Pada masa sama, Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, peluang masih ada untuk Sarawak mencuri tempat ke suku akhir.

“Pahang kalahkan kita namun ianya (kejohanan) masih belum berakhir, saya yakin pemain dan jurulatih tahu tugas mereka dan akan bangkit,” katanya.

Sementara itu, Fazzrudin turut berharap agar seramai 564 atlet yang dipilih untuk membawa cabaran Sarawak pada SUKMA ke-20 akan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

“Keputusan yang dicapai mereka cerita kedua, sudah tentu yang pertama kita mahu mereka berikan yang terbaik,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan