Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Proses bedah siasat ke atas mayat juruterbang helikopter jenis Eurocopter EC102B yang terhempas di Hutan Simpan Chikus, Bidor, dekat sini kelmarin selesai dijalankan pada hari ini. Foto: JPBM

Siasatan kes helikopter terhempas di Bidor bermula hari ini

IPOH, 13 Sept : Proses bedah siasat ke atas mayat juruterbang helikopter jenis Eurocopter EC102B yang terhempas di Hutan Simpan Chikus, Bidor, dekat sini kelmarin selesai dijalankan pada hari ini.

Proses bedah siasat ke atas mayat juruterbang warga Hong Kong, Tsz Kin Richard Chan, 58, yang dibuat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainon di sini, selesai kira-kira pada jam 9.00 pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata isteri mangsa bagaimanapun masih berada di luar negara dan dijangka tiba di negara ini dalam masa terdekat bagi menuntut mayat.

“Selain itu, polis juga telah mengatur kawalan rapi di tempat nahas hingga siasatan selesai dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara dan Bahagian Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bermula hari ini.

“Helikopter berkenaan kemudiannya akan diserahkan kepada pemilik untuk tindakan selanjutnya,” Mohd Yusri memaklumkan dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan > > > Juruterbang helikopter yang hilang, ditemui mati

Terdahulu, media melaporkan juruterbang itu ditemui maut di dalam kokpit helikopter oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) di kawasan Hutan Simpan Chikus kira-kira pada jam 9.30 pagi semalam.

Helikopter itu dilaporkan terputus hubungan pada jam 12.16 tengah hari kelmarin sejurus selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada jam 11.37 pagi.

Helikopter terbabit, yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC), sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini pada jam 12.37 tengah hari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan