Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pencarian spesies unik di Pulau Borneo melalui ekspedisi saintifik HOB bermula. Foto: TVS

Pencarian spesies unik di Pulau Borneo melalui ekspedisi saintifik HOB bermula

MIRI, 13 Sept : Sarawak di Pulau Borneo terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti dari aspek flora dan fauna yang masih belum ditemui.

Oleh itu, Jabatan Hutan Sarawak melancarkan ekspedisi saintifik Heart Of Borneo (HOB) Gerenai-Long Mekaba untuk meneroka dan mengkaji spesies unik yang ada di Sarawak dengan tema ‘Exploring the Hinterland of North-eastern Sarawak’ yang bermula hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Hutan Sarawak, Runi Sylvester Pungga, ekspedisi ini akan membantu bukan sahaja penyelidik tetapi juga pihak kerajaan untuk mengambil tindakan yang diperlukan dalam usaha memelihara flora dan fauna, yang belum ditemui, pada masa akan datang.

“Selalunya kita akan menjumpai spesies flora dan fauna yang terbaharu ataupun kita panggil ‘new record’, iaitu bukan sahaja flora dan fauna, contohnya haiwan seperti burung. Ada juga mereka kata tidak pernah ada di tempat tersebut, tetapi masa ekspedisi ada.

“Jadi itulah yang menarik minat semua para penyelidik untuk mengkaji spesies-spesies yang belum ditemui. Jadi dengan ekspedisi ini, yang terdiri daripada pelbagai penyelidikan, ia merupakan sesuatu yang memberi faedah buat negeri ini,” katanya.

Bukan sahaja flora dan fauna, malah ekspedisi ini akan meneliti dari aspek sosial dan komuniti yang hidup di kawasan kajian tersebut.

“Heart of Borneo (HOB) merupakan satu persefahaman antara tiga negara, Indonesia, Malaysia dan juga Brunei. Sabah juga ada menjalankan ekspedisi di bawah projek HOB. Jadi kita juga dijemput sebagai peserta. Tetapi kebanyakan ekspedisi yang dijalankan lebih tertumpu kepada Sarawak.

“Dahulu juga Indonesia ada menjalankan ekspedisi. Jadi kita akan menghantar peserta ke sana, tetapi ia lebih kepada Sarawak kerana Sarawak ini mempunyai banyak tempat yang kita ingin jelajahi,” tambah Runi.

Seramai 129 peserta dari pelbagai agensi dan institusi penyelidikan dari Malaysia dan Brunei menyertai ekspedisi pada kali ini ke Gerenai-Long Mekaba yang mengambil masa enam hingga tujuh jam perjalanan, dan akan berada di sana selama dua minggu.

Program Flag Off Ekspedisi Saintifik HOB Gerenai-Long Mekaba, Miri, telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini pada hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan