Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kunjungan hormat Pengerusi MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim (empat kanan) bersama rombongan kepada Menteri Pengangkutan Sarawak, Lee Kim Shin (tiga kiri). Foto: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS)

Kerajaan Sarawak dan MAVCOM bincang potensi industri penerbangan di Sarawak

ByNurul Amarlina

KUCHING, 13 Sept : Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, hari ini berbincang dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengenai potensi industri penerbangan di Sarawak, sejajar dengan penubuhan ibu negara Indonesia di Nusantara, Kalimantan Timur.

Pengerusi MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim, bersama Pengarah Pembangunan Penerbangan MAVCOM dan dua lagi pengurus kanan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Lee.

Pada kunjungan hormat itu, pihak MAVCOM memberi taklimat kepada Lee dan Setiausaha Tetap Kementerian serta pegawai-pegawai Bahagian Penerbangan Kementerian mengenai trend trafik penumpang, tambang penerbangan perkhidmatan udara luar bandar, hal-hal pelesenan, kualiti perkhidmatan di lapangan terbang dan lain-lain di bawah bidang kuasa MAVCOM.

“Antara perkara yang dibangkitkan kepada MAVCOM oleh Dato Sri Lee dan Kementerian Pengangkutan Sarawak termasuk aduan mengenai tambang penerbangan yang tinggi, terutamanya pada musim perayaan, jadual penerbangan, bayaran balik untuk pembatalan penerbangan, keperluan untuk menambah penerbangan, mengadakan semula penerbangan Kuching/Pontianak/Kuching, keperluan meningkatkan kualiti perkhidmatan, dan kemudahan lapangan terbang, pelesenan pengendali aerodrome, lesen perkhidmatan udara, dan perkhidmatan udara luar bandar,” jelas Saripuddin dalam satu kenyataan MAVCOM.

Mengenai subjek tambang penerbangan yang tinggi, Saripuddin menjelaskan bahawa pihak MAVCOM sedang memantau dengan teliti isu tambang penerbangan.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelancong supaya merancang perjalanan mereka lebih awal menjelang perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Gawai dan lain-lain, dan membuat tempahan awal untuk menikmati tambang penerbangan yang lebih murah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan