Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis mengesahkan tiada unsur khianat dalam insiden kebakaran bengkel kenderaan di Pejabat Kejuruteraan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Jalan Stadium. Foto: TVS

Litar pintas punca bengkel kenderaan di IPK Kedah terbakar

ALOR SETAR, 13 Sept: Polis mengesahkan tiada unsur khianat dalam insiden kebakaran bengkel kenderaan di Pejabat Kejuruteraan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Jalan Stadium di sini awal pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd. Roze Shaari berkata, kejadian itu dipercayai berpunca akibat litar pintas.

“Ia berdasarkan siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, namun bomba masih menjalankan siasatan bagi mencari punca sebenar yang mencetuskan kebakaran itu.

Baca artikel berkaitan >>>>> 15 kenderaan polis di IPK Kedah terbakar

“Manakala, kereta dan motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang musnah dalam kejadian itu berada di bengkel kerana untuk diselenggara dan dibaiki,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mohd. Roze lagi, bangunan bengkel tersebut telah beroperasi sejak lebih 40 tahun lalu.

Terdahulu, TVS melaporkan sebanyak 15 buah kenderaan polis iaitu 10 buah kereta dan lima buah motosikal yang berada di bengkel kenderaan di IPK Kedah di sini terlibat dalam kebakaran dengan 13 daripadanya musnah dijilat api.

Bomba menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 4.53 pagi sebelum api berjaya dikawal pada pukul 5.33 pagi dan operasi ditamatkan pukul 10.59 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan