Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kaunselor Rabian Kipli menyampaikan hadiah tempat pertama Pertandingan Ratu Cilik Hari Malaysia kepada adik Nur Sakinahwati Mohd Azlan. Foto: TVS
Kaunselor Rabian Kipli menyampaikan hadiah tempat pertama Pertandingan Ratu Cilik Hari Malaysia kepada adik Nur Sakinahwati Mohd Azlan

Syarikat pemula Sarawak kuasai 70 peratus penyertaan dalam program Startup Malaysia

KUCHING, 11 Sept : Ekosistem syarikat pemula (starup) di Sarawak menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencatatkan penyertaan tertinggi dalam program Starup Malaysia.

Timbalan Ketua Saintis dan Timbalan Ketua Penasihat, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Prof Ir. Ts. Dr Al-Khalid Othman berkata, ketika ini starup Sarawak menguasai 70 peratus daripada keseluruhan 5,000 penyertaan dalam program berkenaan.

Kata beliau, kejayaan itu disumbang pelbagai faktor termasuk kerjasama diberikan Pusat Komuniti Digital (PKD) daerah di seluruh Sarawak.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PKD Batu Kawa atas sokongan dengan menghantar penyertaan dalam program berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Mini Karnival Accelerate Telaga Air 2022 di Kampung Telaga Air, di sini pagi tadi.

Program berkenaan dianjurkan oleh PKD Batu Kawa dengan kerjasama Majlis Perbandaran Padawan (MPD) dan SMA.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Umum dan Pembangunan Komuniti, Kaunselor Rabian Kipli dan Pengerusi Jawatankuasa Ketua Kampung Telaga Air, Zaini Tanggek.

Startup Malaysia merupakan program untuk melahirkan usahawan tempatan yang menggunakan platform digital sebagai salah satu kaedah pemasaran.

Sementara itu, Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan dan Komuniti, MPD, Nor Aziah Jumaini berkata, pihaknya mengalukan kedatangan orang ramai ke fasiliti mereka untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang digital.

“Di bawah unit perpustakan, kami mempunyai kakitangan terlatih yang boleh memberikan bantuan kepada golongan tidak mahir internet atau usahawan yang ingin belajar kaedah pemasaran digital.

“Kita ingin menyahut seruan Kerajaan Sarawak untuk memperkasakan komuniti digital menerusi usahawan dan perniagaan secara dalam talian menggunakan pelbagai platform media sosial yang berbeza seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan