Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hadir pada Majlis Penangguhan Pesta Benak 2022 di sini hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Muzium Sri Aman dilancar tahun depan

ByAkma Salleh

SRI AMAN, 11 Sept : Muzium Sri Aman akan dilancarkan pada tahun depan, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, pembukaan muzium berkenaan kelak dijangka akan merancakkan lagi sektor pelancongan di sini dan kawasan sekitar.

Menurut Abdul Karim, idea untuk membangunkan muzium berkenaan tercetus berdasarkan Deklarasi Sri Aman yang ditandatangani pada 1973 membabitkan kerajaan dengan pengganas komunis.

“Sempena ulang tahun ke-50 deklarasi berkenaan pada tahun depan, kita akan lancarkan muzium itu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Benak 2022 di sini hari ini.

Majlis turut serikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Abdul Karim berkata, Rumah Sri Aman yang menjadi lokasi menandatangi deklarasi berkenaan akan dinaik taraf untuk menjadi muzium yang dirancang.

“Jabatan Muzium Sarawak akan membaik pulih rumah rehat yang dikenali sebagai Rumah Simanggang  sebelum pelancaran muzium pada tahun depan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan