Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Moon Pavilion di Taman MBKS merupakan antara tarikan utama Festival Kuih Bulan di Kuching. Foto TVS.

Moon Pavillion mercu tanda kerjasama masyarakat berbilang kaum di Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 11 Sept : Selain menggabungkan kepercayaan, nilai, tradisi dan makanan masyarakat berbilang kaum, replika Moon Pavilion kini menjadi simbol kebersamaan pelbagai bangsa di Sarawak.

Projek pembangunan dan pembinaan replika bulan bersempena Perayaan Kuih Bulan itu merupakan gabungan pelbagai budaya dan bangsa termasuk Bidayuh dari Puncak Borneo.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, langkah berkenaan merupakan penanda keharmonian dan perpaduan rakyat Sarawak.

“Pesta Kuih Bulan sinonim dengan masyarakat Cina namun kita mahu gabungkan bersama kraf tempatan kerana Sarawak memiliki pelbagai etnik.

“Dalam mengekalkan adat dan budaya lama, kita perlu bergerak ke hadapan dengan komponen perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri program Fly Me to the Moon anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini semalam.

Replika Moon Pavilion yang dihasilkan menggunakan 500 batang buluh itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.

Sementara itu, pereka Moon Pavilion, Tay Tze Yong berkata, pihaknya bekerjasama dengan masyarakat di Puncak Borneo untuk mendapatkan belakan buluh dan menghasilkan replika berkenaan.

Ini kerana katanya, komuniti itu memiliki pengetahuan yang luas dalam proses pengendalian buluh sebagai bahan binaan.

“Kami telah melakukan perkongsian budaya antara kaum Cina dan Bidayuh agar dapat memahami sentimen pembinaan replika ini dengan lebih baik dari aspek rekaan dan seni bina.

“Pertukaran seperti ini membantu kami memahami budaya masing-masing dalam konteks kepelbagaian kaum di Sarawak,” katanya.

Inspirasi di sebalik seni bina replika tersebut adalah daripada penerangan tentang bulan dalam puisi lama dari Dinasti Song yang dikenali sebagai Ouyang Xiu.

Replika tersebut menurut Tay akan kekal di Taman MBKS selama setahun atau lebih atas persetujuan Datuk Bandar bagi menggalakkan penglibatan orang ramai untuk mempelajari budaya kaum lain.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan