Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin hadir pada Majlis Makan Malam Amal Kutipan Dana PPDK Morsjaya yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Morsjaya Miri. Foto TVS.

Ada ibu bapa kunci anak istimewa dalam bilik – Kim Shin

MIRI, 11 Sept : Masyarakat disaran memberi perhatian khusus kepada kanak-kanak istimewa termasuk autisme supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik, kata Dato Sri Lee Kim Shin.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin turut menasihatkan ibu bapa agar tidak berasa malu sekiranya mempunyai anak yang menghidap masalah kesihatan berkenaan.

Katanya, terdapat ibu bapa yang mempunyai  ‘anak istimewa’ menyembunyikan anak mereka daripada pengetahuan umum.

“Sebaliknya, ibu bapa perlu mendapatkan bantuan dan sokongan komuniti untuk anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Kutipan Dana PPDK Morsjaya yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Morsjaya Miri di sini.

Kim Shin yang juga Menteri Pengangkutan negeri turut berkongsi pengalaman beliau bertemu dengan ibu bapa yang malu dengan anak istimewa.

“Anak-anak mereka dibiarkan bersendirian dalam bilik, makanan ditinggalkan di situ dan bilik dikunci.

“Saya berasa kasihan melihat mereka diperlakukan sebegitu,”katanya.

Sementara itu beliau berkata, pusat khas untuk golongan kanak-kanak autisme perlu ditubuhkan bagi melatih mereka dengan pelbagai kemahiran penting.

“Mereka berbeza dan memerlukan latihan daripada golongan terlatih untuk mengajar dan menjaga mereka,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan