Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja wanita Indonesia rentung apabila biliknya di blok pekerja kilang papan lapis di Jalan Kemena, di sini, terbakar awal pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak.

Wanita Indonesia rentung dalam kebakaran di Bintulu

BINTULU, 10 Sept : Seorang pekerja wanita Indonesia rentung apabila biliknya di blok pekerja milik sebuah kilang papan lapis di Jalan Kemena, di sini, terbakar awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia 24 tahun itu berseorangan di biliknya manakala dua rakan yang tinggal di situ sedang bekerja.

“Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kebakaran pada pukul 2.59 pagi.

“Kebakaran hanya melibatkan sebuah bilik yang terbakar sepenuhnya,” kata jurucakap berkenaan menerusi kenyataan media hari ini.

Bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 3.20 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.30 pagi.

Menurut PGO, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan