Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn hadir merasmikan Education and Career Fair 2022 semalam. Foto TVS.

Sekolah Antarabangsa Sarawak mulakan sesi pembelajaran

SERIAN, 10 Sept : Seramai 120 pelajar telah memulakan sesi pembelajaran di Sekolah Antarabangsa Sarawak yang dikendalikan oleh Yayasan Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, ketika ini sesi pembelajaran menggunakan kemudahan terdapat di bekas tapak Sekolah Antarabangsa Tunku Putra di Petra Jaya.

Buat masa ini katanya, kemudahan di situ tidak mencukupi untuk membolehkan pengambilan lebih ramai pelajar.

“Berikutan kekangan kemudahan termasuk asrama, kita hanya dapat menerima seramai 120 pelajar sahaja namun apa yang penting,operasi sekolah antarabangsa ini sudah bermula untuk kumpulan pertama pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Education and Career Fair 2022 semalam.

Baca artikel berkaitan > > > Education and Career Fair akan berlangsung di Serian pada 9-10 September

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Martin Ben dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Willie Mongin.

Sementara itu beliau memberitahu kementerian juga sedang mengenalpasti tiga lokasi di Sibu, Bintulu dan Miri untuk membina sekolah antarabangsa berkenaan.

Sekolah Antarabangsa Di Tunku Putra mula beroperasi

“Selain itu, satu lagi sekolah antarabangsa sedang dibina di Batu 12, Padawan,” katanya.

Menurut Roland Sagah, kesemua empat sekolah antarabangsa itu dijangka akan dapat disiapkan dalam tempoh dua hingga lima tahun namun bergantung kepada proses perolehan tapak serta tender kerajaan.

Bagi tenaga pengajar pula katanya, sesi temu duga sedang dilakukan oleh Yayasan Sarawak International School. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan