Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi hadir pada Program Usahawan Muda 2022 (PUM22) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini. Foto TVS.

Program Usahawan Muda 2022 perkasa usahawan Sarawak

KUCHING, 10 Sept : Program Usahawan Muda 2022 (PUM22) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut memanfaatkan usahawan kumpulan sasar di Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, PUM22 bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan perniagaan, menyemai minat dan menerapkan ciri keusahawanan dalam diri peserta.

PUM komited perkasa usahawan muda

Kata beliau, program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama lima buah institut pengajian tinggi (IPT) di Sarawak.

“Program ini membabitkan enam sesi di seluruh negara pada tahun ini yang mana sangat baik kerana memberi manfaat kepada penuntut IPT untuk terlibat dalam bidang perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir program berkenaan di Dewan Jubli Perak Politeknik Kuching hari ini.

PUM peringkat Sarawak disertai lebih 600 pelajar dari Politeknik Kuching, Kolej Vokasional Matang, Kolej Vokasional Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading dan Pusat Latihan GIATMARA Satok.

Sempena majlis berkenaan, Alexander Nanta turut menyampaikan bantuan kepada wakil IPT yang terlibat.

“Selain daripada menjayakan PUM, SSM juga mengagihkan bantuan Wakalah Zakat Korporat (WZK) kepada 30 orang pelajar dan sumbangan di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada 20 orang pelajar asnaf,”katanya.

Agihan keseluruhan berjumlah RM25,000 disampaikan kepada pelajar lima IPT terlibat dengan setiap seorang menerima bantuan sebanyak RM500.

Sementara itu ketika berucap, Alexander Nanta berharap agar PUM22 mampu melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya pada masa hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan