Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para peserta bersama penceramah jemputan, Izzy Chan dan Carolyn Jones di Masterclass with Filmmakers yang berlangsung semalam. Foto TVS.

Pembikin filem di Sarawak disaran tingkat kualiti rebut keuntungan besar industri

KUCHING, 10 Sept : Pembikin filem di Sarawak disaran supaya meningkatkan kualiti produksi masing – masing bagi merebut keuntungan besar yang ditawarkan oleh industri kreatif tempatan dan antarabangsa.

Timbalan Pengerusi Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak, Datuk Norhyati Ismail berkata, penggiat perfileman khususnya sektor kreatif perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkenaan.

“Aspek penghasilan sesebuah filem termasuk penceritaan dan penulisan skrip harus dikuasai oleh pemain industri perfileman di Sarawak supaya karya yang dikeluarkan kelak berkualiti dan setanding dengan yang dihasilkan oleh pembikin filem terbaik dalam industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program bersama penggiat filem anjuran AZAM Sarawak, Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur dan TVS semalam.

Yang turut hadir, Pegawai Hal Ehwal Kebudayaan Kedutaan Besar Amerika Syarikat Kuala Lumpur, Katherine Diop.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Lelia Sim Ah Hua berkata, program Masterclass with Filmmaker yang dianjurkan bertujuan membuka peluang kepada anak muda berkongsi idea dan pendapat mengenai masa depan industri.

“Industri perfileman merupakan sektor kreatif yang semakin berkembang di Sarawak termasuk penerbitan filem dokumentari.

“Menerusi platform ini, anak muda kita harus mengambil peluang untuk berkomunikasi dengan pakar untuk mengetahui idea utama yang mampu membantu mereka dalam penghasilan termasuklah penerbitan muzik, filem dan dokumentari,” katanya.

Bagi penceramah jemputan, Izzy Chan, dia berasa kagum terhadap idea menarik yang diketengahkan oleh syarikat produksi tempatan pada program berkenaan.

Katanya, peserta juga menunjukkan minat yang mendalam terhadap industri penerbitan dan perfileman.

“Semangat yang ditunjukkan oleh mereka membuatkan saya ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai industri perfileman di sini.

“Ramai di kalangan mereka juga melontarkan soalan yang menarik,” katanya.

Kreativiti anak muda tempatan kembangkan industri perfileman

Carolyn Jones dari Amerika Syarikat pula berkata, dia tertarik melihat semangat peserta untuk menghasilkan cerita yang menonjolkan kepelbagaian di Sarawak.

“Saya percaya kepada seni penceritaan yang dimiliki peserta dan mahu melihat produk kreatif yang akan dihasilkan oleh mereka,” katanya.

Sempena program itu, pelbagai topik dibincangkan, termasuklah Strategic Tools For Understanding Your Audience, Crystalizing Your Goal & Crafting An Impactful Documentary’ dan ‘The Art & Science Of Documentary Filmmaking: From Fundraising To The Art Of The Interview’. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan