KUCHING, 10 Sept : Rancangan realiti televisyen eksplorasi pertama terbitan TVS, Lombak Rindu Go musim pertama bakal menemui penonton tidak lama lagi.
Penerbitnya, Ahmad Zainuddin Abdullah berkata, program berkenaan mempunyai keunikan tersendiri kerana mencabar masyarakat atau individu supaya aktif bersukan.
Katanya, selepas rakaman hari ini, produksi akan meminta peserta untuk pulang ke rumah dan bersenam atau sekurang-kurangnya berjoging.
Baca artikel berkaitan > > > Sertai uji bakat gameshow pertama TVS ‘Lombak Rindok Go!’ pada Sabtu
“Ini bagi memastikan stamina mereka akan meningkat ketika proses rakaman dan seterusnya mereka mampu menyelesaikan halangan fizikal,”katanya.
Pagi tadi rakaman pertama dilakukan di Pustaka Negeri Sarawak di Kuching bersama lebih 10 pasangan
Antara yang turut menyertai termasuk dua sahabat dari Kuching dan Kota Samarahan, Muhammad Haziq Nazir Hairozaman, 23, dan Mohd. Shahrellzain Izzad Johia, 22.
“Kami berdua yakin untuk memenangi pertandingan ini kerana kami berdua mempunyai persefahaman yang begitu baik dan kami mampu bersaing dengan peserta lain,” kata Muhammad Haziq Nazir.
Lombak Rindu Go musim pertama masih membuka peluang kepada peserta yang berminat.
Kepada mereka yang berminat, boleh hubungi Ahmad Zainuddin Abdullah talian 012-6618354. – TVS