Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Majlis Bandaraya Miri (MBM), Kaunselor Jeffery Phang Siaw Foong hadir pada Majlis Pembukaan Kejohanan Curtin di Miri semalam.

Miri sokong aktiviti promosi gaya hidup sihat

MIRI, 10 Sept : Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan memberi sokongan padu kepada aktiviti mempromosikan gaya hidup sihat yang ingin dilangsungkan di bandar raya ini.

Ahli Majlisnya, Kaunselor Jeffery Phang Siaw Foong berkata, ini kerana amalan aktif merupakan elemen penting ke arah mewujudkan masyarakat yang sihat mental dan fizikal.

Sehubungan itu beliau menyarankan masyarakat khususnya generasi muda untuk terlibat dalam aktiviti sukan agar kekal sihat dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.

“Di Miri terdapat taman rekreasi dan tempat awam yang sesuai untuk orang ramai beriadah dan bersukan termasuklah berjoging atau berjalan.

“Memandangkan sudah banyak kelonggaran diberikan oleh kerajaan berhubung prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, saya berharap agar kita tidak menghabiskan masa yang terlalu lama menggunakan peranti elektronik sebaliknya luangkan masa untuk melakukan aktiviti luar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pembukaan Kejohanan Curtin yang dianjurkan oleh Majlis Pelajar Curtin Malaysia di Stadium Terbuka Miri semalam.

Pada majlis itu, Jeffery Phang mewakili Menteri Pengangkutan,Dato Sri Lee Kim Shin.

Sementara itu, Jeffery Phang berkata, beliau turut menyokong aktiviti sukan yang dianjurkan di Miri termasuk program larian amal dan marathon bagi membantu komuniti setempat yang memerlukan.

“Ini harus menjadi sebahagian daripada acara masyarakat di Miri supaya kita dapat mempromosikan komuniti yang sihat dan penyayang,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan