Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot berkenaan dikesan semasa Operasi REDBACK XVII 2022 yang membabitkan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan Australian Border Force (ABF) bermula 26 Ogos lalu hingga hari ini. Foto: APMM
Seramai 60 etnik Rohingya yang cuba diseludup masuk ke negara ini dengan sebuah bot berjaya diusir pada kedudukan tiga batu nautika barat Sungai Pinang awal bulan ini.Foto: APMM

60 etnik Rohingya cuba masuk Malaysia diusir agensi laut Malaysia dan Australia

GEORGETOWN, 10 Sept : Seramai 60 etnik Rohingya yang cuba diseludup masuk ke negara ini dengan sebuah bot berjaya diusir pada kedudukan tiga batu nautika barat Sungai Pinang awal bulan ini.

Bot itu dikesan semasa Operasi REDBACK XVII 2022 yang membabitkan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan Australian Border Force (ABF) bermula 26 Ogos lalu hingga semalam.

Selain itu, operasi berkenaan turut berjaya mengusir 13 bot nelayan asing dari perairan negara pada kedudukan 67 batu nautika barat laut Pulau Kendi dekat sini dengan bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) minggu lalu.

Menerusi operasi sama, seramai lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar turut ditahan di sekitar perairan Malaysia atas kesalahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Hamid Mohd. Amin berkata, secara keseluruhannya operasi telah melaksanakan 178 pemeriksaan dan penggeladahan ke atas vesel-vesel melibatkan tiga tangkapan dan dua pengusiran.

Katanya, operasi di laut turut melibatkan tiga aset laut dengan 60 anggota operasi membabitkan rutin, pemeriksaan dan pemantauan sempadan perairan serta titik panas.

“Ia merupakan inisiatif kerjasama antara Maritim Malaysia dan ABF dalam usaha mengekang, membanteras dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan melalui perairan.

“Secara keseluruhannya kerjasama ini berfokus kepada persetujuan bersama dalam membanteras jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia termasuklah dadah serta aktiviti jenayah rentas sempadan melalui perairan,” katanya kepada pemberita semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan