Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di sidang media pada lawatan kerjanya ke Semporna, Sabah, hari ini. Foto: TVS
Jawatankuasa Khas Kabinet Pasukan Jihad Tangani Inflasi penting untuk menangani pelbagai isu bukan sahaja membabitkan isu besar seperti kadar dasar semalaman (OPR) malah melibatkan isu harga barang makanan.

Tidak ada sebab Jawatankuasa Khas Kabinet Pasukan Jihad Tangani Inflasi dibubarkan

SEMPORNA, 9 Sept : Jawatankuasa Khas Kabinet Pasukan Jihad Tangani Inflasi penting untuk menangani pelbagai isu bukan sahaja membabitkan isu besar seperti kadar dasar semalaman (OPR) malah melibatkan isu harga barang makanan, kata Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Sehubungan itu beliau menyifatkan cadangan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mahu Jawatankuasa itu dibubarkan hanya merendahkan martabat dirinya sebagai bekas Menteri Kewangan.

“Sebagai bekas Menteri Kewangan, beliau sepatutnya tahu OPR ditetapkan oleh satu badan yang mengawal iaitu Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang bebas dan tidak boleh dicampur tangan oleh jawatankuasa lain yang diwujudkan.

“Seluruh dunia amalan OPR ditetapkan oleh MPC yang bertindak secara bebas tidak boleh dicampur tangan oleh politik dalam membuat keputusan itu, ada kawalan undang-undang dan Akta Bank Pusat yang seluruh dunia menggunakan piawaian sama.

“Jadi kalau dia nak kaitkan soal keputusan yang dibuat oleh MPC dengan jawatankuasa yang pusat luluskan itu bermakna selepas 22 bulan menjadi anggota kabinet beliau masih belum belajar lagi,

“Jadi tolong kembali semula ke sekolah,” katanya ketika sidang media pada Lawatan Kerjanya ke Semporna di sini hari ini.

Katanya, Lim Guan Eng juga tidak ada wibawa untuk mempertikaikan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Pasukan Jihad Tangani Inflasi fungsi kerana kadar OPR lebih rendah sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.

“Dia (Lim Guan Eng) perlu faham OPR negara kita sebelum Covid-19 melebih tiga peratus kemudian bila ekonomi lembap mekanisme OPR telah digunakan untuk meningkatkan pelaburan dengan menurunkan OPR pada kadar paling rendah dalam sejarah negara,” katanya lagi.

Apabila negara mula membuka semula pasca Covid-19, kadar OPR terpaksa melalui proses pengubahsuaian untuk kembali semula kepada kadar pada masa lalu iaitu kira-kira 3.5 peratus tetapi Bank Negara telah mengambil langkah berhati-hati menaikan kadar OPR itu secara berperingkat.

“Harus difahami OPR itu juga adalah mekanisme mengawal inflasi jadi nampaknya Lim Guan Eng tidak berapa faham mekanisme inflasi ini yang antara lainnya OPR sesebuah negara perlu dirujuk kepada OPR di negara-negara yang lain.

“Sebagai contoh kalau Amerika Syarikat menaikkan OPR mereka, maka pelabur akan menarik pelaburan daripada Malaysia dan akan melabur di Amerika Syarikat sebab mendapat faedah yang lebih tinggi, jadi akan berlaku aliran keluar jadi bila berlaku aliran keluar nilai ringgit kita akan melemah,” ujarnya.

Annuar berkata, ketika ini secara sementara mata wang Malaysia lemah berbanding dollar Amerika kerana Amerika telah menaikkan kadar OPR dalam usaha mengawal inflasi dan mata wang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan