Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga lelaki tempatan termasuk dua pembeli barang curi melibatkan senapang patah berlesen dan pakaian tradional Iban ditahan polis pada Selasa lepas.Foto IPD Sibu.

Tiga lelaki ditahan, senapang patah, pua kumbu dicuri berjaya dirampas

SIBU, 8 Sept : Tiga lelaki tempatan termasuk dua pembeli barang curi melibatkan senapang patah berlesen dan pakaian tradional Iban diberkas oleh polis pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, suspek pertama berusia dalam lingkungkan 30 tahun ditahan pada pukul 11.35 pagi.

Susulan itu katanya,dua lagi lelaki berusia 45 dan 54 tahun yang dipercayai pembeli barang curi itu turut ditahan di lokasi berasingan pada hari yang sama.

“Terdahulu polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 59 tahun di Balai Sungai Merah yang memaklumkan rumahnya di Sibujaya dipecah masuk semasa keluarganya bercuti di Miri pada 13 Ogos lalu.

“Antara barang-barang yang hilang termasuklah selaras senapang patah jenis SBBL 12 Bore,12 butir peluru, pelbagai barangan perhiasan rumah termasuk kain pua kumpu dan aksesori pakaian tradisional Iban itu yang dianggarkan bernilai RM2,000,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Senapang patah, pua kumbu dicuri berjaya dikesan

Menurut Zulkipli,kesemua barang yang dilaporkan hilang itu berjaya ditemui dan dirampas untuk dijadikan sebagai bahan bukti.

Beliau memberitahu, hanya seorang suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau dan berikutan tangkapan berkenaan, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga kes pecah rumah di Sibujaya.

“Kesemua suspek direman selama lima hari sehingga 11 September ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan