Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Bandaraya Miri menerusi Seskyen Pembangunan Lestari kini berusaha untuk melaksanakan 17 Matlamat Pembangunan Lestari di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berhenti buang sampah dalam sungai dan laut di Miri

MIRI, 8 Sept : Penduduk di bandar raya ini dinasihatkan agar berhenti membuang sampah ke dalam sungai dan kawasan pantai bagi menjayakan matlamat pembangunan lestari.

Penyelaras Program Seksyen Pembangunan Lestari, Majlis Bandaraya Miri, Jurailla Jon berkata, sekiranya sikap tidak bertanggungjawab itu berterusan, bandar raya ini ‘berpotensi’ untuk tercemar seperti di beberapa tempat lain di seluruh dunia.

“Menerusi program gotong – royong yang diadakan secara berjadual di sini, kita mendapati banyak botol yang dibuang ke dalam sungai dan kawasan pantai.

“Selain itu, kita juga perlu mengurangkan pembuangan sampah ke tapak pelupusan supaya dapat membantu jangka hayat penggunaan tapak pelupusan yang lebih lama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Penyampaian Hadiah Projek Seni Mesra Alam sempena Borneo Jazz Festival (BJF) 2022 di Dewan Majlis Bandaraya Miri semalam.

Menerusi pertandingan itu, Rahman @Abdul Rahman Ahmad muncul sebagai pemenang pertama dan menerima hadiah RM300, trofi dan sijil.

Projek Seni Mesra Alam dianjurkan dengan kerjasama Borneo Jazz, No Black Tie dan Seksyen Pembangunan Lestari Majlis Bandaraya Miri.

Sementara itu, Jurailla memberitahu, Majlis Bandaraya Miri menerusi Seksyen Pembangunan Lestari berusaha untuk melaksanakan 17 Matlamat Pembangunan Lestari di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Antara yang menjadi keutamaan kita ialah penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab serta bekerjasama untuk mencapai matlamat,” katanya.

Katanya, perkara itu diterapkan sempena Festival Jazz Borneo 2022 apabila menggunakan bahan kitar semula selari dengan tema ‘Jazz in the Jungle’ yang melambangkan kehijauan.

“Objektif projek ini adalah untuk mendedahkan Miri dengan konsep 5R (Refuse, Reuse, Reduce, Repurpose, Recycle) melalui pembinaan seni arca dan menggalakkan mereka untuk mengguna bahan-bahan kitar semula.

“Ini dapat membantu menghijaukan Bandaraya Miri dan seterusnya akan menjadi bersih, cantik dan tiada lagi pembuangan sampah ke sungai,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan