KUCHING 8 Sept: Agensi kerajaan terutamanya yang membabitkan agensi yang mempunyai portfolio sama perlu terus memperkukuh kerjasama untuk penyampaian perkhidmatan lebih baik.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Seri Abu Bakar Marzuki berkata tanpa semangat kerja berpasukan antara agensi terlibat, ia akan menyukarkan perlaksanaan dasar dan penyediaan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.
“Tanpa semangat kerja berpasukan antara setiap agensi dan jabatan terlibat, perlaksanaan dasar dan penyediaan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat akan sukar untuk dilaksanakan.
“Setiap kementerian, jabatan dan agensi mempunyai kekuatan dan kepakaran tersendiri, bagaimanapun saya merasakan bahawa hanya melalui kerja pasukan kita dapat menggunakan semua ini secara optimum bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemelang dan berkualiti kepada masyarakat” katanya.
Beliau berkata demikan ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Hutan Sarawak (JHS) di sini semalam.
Tambahnya jabatan dan agensi kerajaan perlu nengenepikan budaya kerja secara silo atau berkerja dalam komuniti sendiri.
Sebaliknya, agensi dan jabatan kerajaan terbabit harus berkerja secara berpasukan dan berkongsi kepakaran masing-masing untuk memberikan perkhidmatan yang pantas,efisyen dan berkesan kepada rakyat.
Kecekapan penyampaian perkhidmatan tersebut katanya, Â mampu meraih kepercayan rakyat sekaligus menjadikan sektor perkhidmatan awam akan lebih disegani.
“Tidak ada agensi yang mengatakan mereka lebih besar, lebih kuat dan lebih baik dari agensi lain sebab setiap apa yang kita laksanakan memerlukan semangat kerjasama berpasukan,” katanya.
Kecekapan penyampaian perkhidmatan tersebut jelasnya mampu meraih kepercayan rakyat sekaligus menjadikan sektor perkhidmatan awam akan lebih disegani..-TVS