Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak government mulls to formulate a climate change policy in line with Malaysia's commitment to reduce greenhouse gas (GHG) emissions under the 12th Malaysia Plan (12MP)
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar negeri, Dr Hazland Abang Hipni.

Sarawak kini pemain industri paling berkembang sektor tenaga boleh diperbaharui di Asia Pasifik

ByNina Azman

KUCHING, 7 Sept : Sarawak kini merupakan pemain industri yang sedang berkembang pesat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di Asia Pasifik.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar negeri, Dr Hazland Abang Hipni berkata, sehubungan itu Sarawak harus memainkan peranan dalam sektor berkenaan termasuk membuka sempadan dan membina semula asas untuk membantu industri tradisional menjadi lebih mampan.

Kata beliau, Sarawak kini memikul harapan untuk tenaga boleh diperbaharui di Asia.

Sektor tenaga akan menjadi teras kepada ekonomi Sarawak dengan sokongan sektor perkhidmatan, pengangkutan dan logistik.

“Menerusi aspirasi ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), kita boleh beralih ke arah sumber pengeluaran tenaga boleh diperbaharui melalui penjimatan tenaga,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menerusi PCDS 2030, Dr Hazland berkata, Sarawak menetapkan untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030 dengan sasaran untuk menggandakan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada RM133 bilion kepada RM282 bilion menjelang 2030.

“Selain itu, melalui PCDS 2030, enam sektor ekonomi seperti pembuatan, pertanian, pelancongan, perhutanan, perkhidmatan posial dan perlombongan bakal dibangunkan.

“Melalui usaha ini, dianggarkan tambahan 200,000 pekerjaan akan diwujudkan menjelang 2030 di seluruh Sarawak yang akan meningkatkan pendapatan isi rumah bulanan daripada RM4,544 hari ini kepada RM15,000,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan