Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Bernama

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh didorong operasi BNM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh pada Rabu, dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM47.86 bilion dalam sistem konvensional dan RM34.16 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM2 bilion dan satu tender Program Komoditi Murabahah RM1 bilion, kedua-duanya untuk tujuh hari.

BNM juga akan melaksanakan satu tender repo berbalik RM1.95 bilion bagi 181 hari.

Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM46.8 bilion dan tender semalaman Murabahah RM32.2 bilion. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan