Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua kawasan di Baling dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang berterusan sejak pukul 5 petang tadi kata Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat. Foto: BERNAMA

Banjir kilat landa dua kawasan di Baling

ByBernama

BALING, 7 Sept: Seramai 130 orang daripada 37 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) selepas dua mukim di daerah ini dilanda banjir kilat, petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling Lt Pertahanan Awam (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata 96 orang daripada 31 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang manakala 34 orang daripada enam keluarga di PPS Dewan Masjid Al Huda, Kampung Hangus.

“Setakat 8 pagi tadi, mereka yang berlindung di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang terdiri daripada empat bayi, 22 warga emas, 31 kanak-kanak dan 39 dewasa.

“PPS Dewan Masjid Al Huda Kampung Hangus pula menempatkan empat warga emas, 20 kanak-kanak dan 10 dewasa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Faizol berkata banjir kilat itu menjejaskan lima rumah di Taman Bayu Sejahtera dan 11 rumah di Kampung Sungai Batu di Mukim Baling.

“Bagi Mukim Kupang, rumah terjejas termasuk 17 di Kampung Iboi, lima di Kampung Bendang Padang dan lapan di Kampung Hangus,” katanya.

Beliau berkata banjir kilat berlaku susulan hujan lebat kira-kira tiga jam bermula 2 petang semalam yang menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan