Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 90 daripada 339 tapak 5G sudah siap dibina di seluruh negeri Sarawak setakat 5 Okt lepas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Foto Bernama.

Annuar Musa ‘jemput’ Dr Mahathir sertai UMNO, sarankan bubar Pejuang

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Sept : Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa ‘menjemput’ bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula UMNO.

Annuar turut meminta Dr Mahathir membubarkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang menurutnya ‘tidak seberapa’ malah hanya memecah belahkan orang Melayu.

Kata Annuar, parti terbaharu yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Langkawi itu tidak akan mampu pergi jauh.

“Kembalilah kepada UMNO dan sama – sama perbaikinya, masih ramai ahli yang menghormati dan mengenang jasa Tun (Dr Mahathir) begitu juga pemimpin – pemimpin UMNO yang lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata demikian sebagai reaksi kepada ‘serangan terbaharu’ Dr. Mahathir kepada UMNO semalam.

Dr Mahathir menerusi catatan di Facebooknya berkata, pemenjaraan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan membersihkan parti itu kerana budaya UMNO ketika ini bukan seperti ketika ianya ditubuhkan dahulu.

“Sebab itu UMNO perlu dikalahkan dan diganti dengan parti Melayu yang memegang kuat kepada prinsip perjuangan orang Melayu untuk bangsa, negara dan agama,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, Dr Mahathir ‘berhak’ mengecam individu dalam UMNO seperti Najib atau Presidennya, Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi kerana itu haknya namun tidak boleh ‘pukul rata’.

“Jika Tun cuba memusuhi UMNO sebagai sebuah parti politik, kita akan menentangnya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan