Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kapal Diraja (KD) Laksamana Hang Nadim mengusir 13 bot nelayan asing yang cuba menceroboh perairan negara berdekatan Pulau Perak dekat sini petang semalam. Foto: TLDM

TLDM gagalkan cubaan 13 bot nelayan asing ceroboh perairan negara

LUMUT, 6 Sept: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengekang cubaan 13 buah bot nelayan asing daripada menceroboh perairan negara ini apabila menahan bot berkenaan berdekatan Pulau Perak dekat sini semalam.

Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM Lumut dalam satu kenyataan berkata, bot berkenaan ditahan Kapal Diraja (KD) Laksamana Hang Nadim semasa Op Benteng Laut kira-kira pukul 5.30 petang.

Katanya, Pusat Operasi Armada (POA) Barat telah menerima maklumat daripada Control Reporting Center (CRC) Kuantan berhubung pengesanan bot-bot berkenaan pada kedudukan 65 batu nautika tenggara Pulau Perak.

“Ia dikesan melalui Pesawat CL 415 MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sebelum maklumat pengesanan segera disalurkan kepada komponen maritim bagi tindakan lanjut.

“KD Laksamana Hang Nadim yang sedang dalam penugasan Op Benteng Laut diatur gerak ke lokasi dan berjaya mengesan keberadaan kesemua 13 buah bot berkenaan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut menambah, kesemua bot tersebut kemudiannya telah dikenakan tindakan pengusiran dan diiring keluar meninggalkan sempadan perairan negara.

Katanya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara, manakala TLDM akan sentiasa memperkasakan rondaan di perairan dalam usaha memastikan kedaulatan serta khazanah negara selamat dan terpelihara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan