KUCHING, 6 Sept: Pembekal perkhidmatan internet disaran meluaskan perkhidmatan ke seluruh Sarawak bagi memenuhi keperluan penduduk luar bandar.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata syarikat-syarikat terlibat terlalu tertumpu di kawasan bandar sahaja.
“Kita berhasrat untuk menghubungkan seluruh Sarawak dengan internet tetapi kami memerlukan kerjasama daripada pembekal perkhidmatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Sistem Kabel Internet Batam Sarawak (BaSICS) dan Pusat Data Tier IV di sini hari ini.
Berita lanjut menyusul.- TVS