Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak hari ini menjadi pemain utama dalam arena tenaga boleh diperbaharui dan membuka sempadannya untuk membantu industri tradisional menjadi lebih mampan. Foto: Salasiah Safian (TVS)

Sarawak buka sempadan bantu industri tradisional jadi lebih mampan

BySalasiah Safian

KUCHING, 6 Sept: Sarawak hari ini menjadi pemain utama dalam industri tenaga boleh diperbaharui dan membuka sempadannya untuk membantu industri tradisional menjadi lebih mampan dan berdaya saing.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, memaklumkan bahawa pada masa ini kerajaan negeri sedang melaksanakan pelbagai inisiatif dan projek untuk memacu Sarawak ke arah ekonomi yang di dorong oleh penggunaan hidrogen selari dengan status Sarawak sebagai pemacu utama di dalam industri tenaga boleh diperbaharui negara.

Beliau mempunyai harapan yang tinggi bahawa SIRIM mampu memainkan peranan aktif dalam menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi di Sarawak dan bekerjasama dengan agensi kerajaan negeri dan persatuan industri untuk merancakkan lagi sektor pembuatan di bumi kenyalang.

“Sarawak kini merupakan pembekal utama tenaga boleh diperbaharui untuk populasi hampir tiga juta bagi negeri ini dan sebahagian Indonesia di mana 70 peratus daripada jumlah campuran penjanaan adalah daripada sumber kuasa hidro dan seterusnya boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan hidrogen karbon rendah.

“Ini menyediakan persekitaran yang ideal untuk membolehkan pembangunan pesat ekonomi hidrogen di Sarawak dan kajian penyelidikan telah dimulakan sebagai langkah perintis untuk meneroka, berinovasi dan menghasilkan hidrogen hijau sebagai penyelesaian bagi aplikasi komersial dan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh ketika  perasmian Program Keterlibatan Sirim-Industri di Kuching.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi SIRIM Berhad Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Abdul Hadi Datuk Kadir, Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Dato’ Indera Dr. Ahmad Sabirin Arshad, dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak, Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Haji Openg.

Lebih 200 wakil dari agensi kerajaan, persatuan industri dan usahawan tempatan daripada pelbagai sektor termasuk industri makanan dan minuman, industri minyak dan gas, industri keluli, pembalakan, industri elektrikal di Sarawak hadir dalam program tersebut.

Bertemakan “Merapatkan SIRIM Dengan Komuniti dan Industri”, program ini menekankan kepada kepentingan penyelidikan dan pembangunan, pengurusan tenaga, kualiti, latihan, pengujian dan pensijilan.

Pada majlis yang sama, SIRIM menyerahkan label pembungkusan kepada 4 usahawan Sarawak melalui program CSR kumpulan SIRIM.

Kesemua usahawan adalah daripada sektor makanan dan minuman yang menjual sago coklat, kuih semperit keju, kuih sepit coklat dan peria goreng. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan