Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berkolaborasi dengan Tourism Malaysia di Jakarta, acara kulinari masakan Malaysia dengan sentuhan moden bertajuk “Festival Masakan Malaysia” bersama Chef Mozart Muhamad akan mempromosikan hidangan istimewa Malaysia di Indonesia bermula semalam tadi. Foto: TVS

“Malaysian Cuisine Festival” perkenalkan Malaysia melalui sajian kulinari

JAKARTA, 6 Sept: Berkolaborasi dengan Tourism Malaysia di Jakarta, acara kulinari masakan Malaysia dengan sentuhan moden bertajuk “Festival Masakan Malaysia” bersama Chef Mozart Muhamad telah berlangsung di sini bermula malam tadi.
 
Didatangkan terus dari Malaysia, Chef Mozart Muhamad yang berpengalaman selama 26 tahun akan memperkenalkan pelbagai pilihan makanan dalam program yang akan  berlangsung pada 5-10 September di The Zoetrope Sky Lounge Avenzel Hotel and Convention, di kawasan Cibubur, Jakarta.
 
Pengarah Tourism Malaysia Jakarta, Junus Suhid, yang merasmikan program tersebut berharap program seperti ini bukan sahaja akan mempromosikan Malaysia, malah secara tidak langsung akan menjadi pertukaran kepakaran masakan antara kedua-dua negara.
 
“Malaysia-Indonesia adalah negara serumpun, ini sangat bagus kerana ia dapat menunjukkan dan memperkenalkan pengalaman baharu bahawa ini makanan Malaysia mempunyai sedikit persamaan tetapi dengan ramuan berbeza, dan anjuran merupakan salah satu platform promosi Malaysia di Indonesia yang memberi ruang kepada orang ramai,” katanya pada sidang media.
 
Menurut Junus, hampir semua masakan Malaysia dipengaruhi oleh budaya penduduk utama Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India yang hidup bersama secara harmoni menjadikan masakan Malaysia sangat unik dengan pelbagai rasa dan cara masakan.
 
Antara menu yang akan dihidangkan termasuklah Lamb Spare Ribs Kuzie yang merupakan menu kegemaran masyarakat Malaysia Utara yang di dalamnya terdapat rusuk kambing yang telah diperisakan dengan tambahan nasi Basmathi Moghul, yogurt raita, tomato, dan jeruk.
 
Indonesia masih menjadi penyumbang jumlah pelancong kedua terbesar selepas Singapura dengan lebih 270 ribu pelancong Indonesia memasuki Malaysia sehingga Jun 2022.
 
Dalam usaha untuk nmempertingkatkan kedatangan pelancong ke Malaysia, Tourism Malaysia terus melakukan pelbagai usaha termasuk dengan penganjuran program-program seperti program kulinari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan