Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga lelaki maut selepas lori simen yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terjatuh ke gaung di Jalan Merit di sini kapit. Foto: BBP Kapit

Lori simen jatuh gaung di Kapit, tiga pekerja maut

SIBU, 6 Sept: Tiga lelaki maut selepas lori simen yang dinaikiĀ  hilang kawalan dan terjatuh ke dalamĀ  gaung di Jalan Merit, Kapit pada pagi Isnin.

Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia merupakan warga tempatan dikenalpasti sebagai George Wong, 33, Bunyau Manggie, 40, dan Steven Janggai Bungkang, 33.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Timoty Barat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.35 pagi.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan itu, sepasukan 12 anggotaĀ  dari BBP Kapit bergegas ke lokasi kejadian menaiki sebuah jentera, EMRS dan sebuah Perodua Kembara.”

“Namun jentera yang dinaiki tidak dapat meneruskan perjalanan kerana tidak dapat melalui jalan balak sejauh 30 kilometer,” katanya ketika dihubungi TVS.

Pihak bomba terpaksa menumpang dua kenderaan pacuan empat roda milik syarikat simen terbabit untuk sampai di lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati lori membawa muatan simen itu jatuh ke gaung sedalam 20 kaki.

“Mangsa didapati tersepit di dalam lori simen dan pihak kami terpaksa menggunakan sistem takal dan hidraulik untuk memotong bingkai cermin lori.

Kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya lagi.

Mayat kesemua mangsa dibawa naik menggunakan kaedah basket stretcher dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Setelah pihak bomba memastikan keadaan sekeliling tempat kejadian terkawal operasi penyelamatan kemudian ditamatkan pada jam 2.58 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan