Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan 'bergaduh' denganĀ  UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk merebut kerusi yang ingin ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

GRS tiada hasrat “gaduh” demi berebut kerusi

TAWAU, 6 Sept: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan ‘bergaduh’ dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk merebut kerusi yang ingin ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ā 
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerjasama antara GRS dan BN yang pada ketika ini berada dalam keadaan baik perlu diteruskan pada PRU15 demi mencapai kemenangan yang diinginkan.
Ā 
“Kerajaan Negeri pada ketika ini adalah kerajaan GRS dan BN, inshaAllah dalam PRU15 akan datang pun kita akan bekerjasama,” katanya.
Ā 
Beliau berkata ketika ditanya berkaitan UMNO dan BN yang dilaporkan akan mengambil langkah bergerak solo pada PRU15 jika agihan kerusi tidak menepati hasrat mereka.
Ā 
Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah berkata, hanya kerjasama dan sefahaman sahaja formula untuk mendapatkan kemenangan pada PRU15 nanti.
Ā 
“Saya yakin pimpinan UMNO dan BN Sabah mereka mahu bekerjasama dengan GRS.
Ā 
“Kita penat gaduh-gaduh dalam politik ini, kita bagi kerusi saja,” katanya lagi. – TVS
Tags: BN, GRS, PRU-15

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan