Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebatang paip saluran pemadam kebakaran yang disandar pada scissor lift tumbang sehingga menghempap seorang pekerja warga Bangladesh di sebuah tapak pembinaan di Taman Perindustrian di sini semalam. Foto JKKP

Pekerja Bangladesh maut dihempap batang paip tumbang

BATU KAWAN, 5 Sept : Seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas dihempap batang paip yang tumbang ketika bekerja di sebuah tapak pembinaan di Taman Perindustrian di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Pejabat Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, kemalangan berlaku ketika  pekerja kontrak itu menjalankan kerja-kerja pemasangan sistem pemadaman kebakaran pada sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.

“Mangsa dikatakan telah dihempap oleh paip pemercik yang disandarkan pada sebuah scissor lift yang jatuh secara tiba-tiba dan mengenai kepalanya.

“Dia dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menambah, sepasukan pegawai penyiasat dari JKKP telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sejurus menerima aduan mengenai kemalangan tersebut.

“JKKP mengeluarkan satu Notis Larangan dan lokasi itu telah disita serta merta sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Tindakan perundangan akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ke atas pihak yang bertanggungjawab,” kata kenyataan itu lagi. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan