Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Sarawak hari ini turut melawat Klinik Kesihatan Gedong. Foto TVS.

Khairy Jamaluddin tinjau kemudahan Klinik Kesihatan Gedong

ByNazirah Adlina

KUCHING, 5 Sept : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Sarawak hari ini turut melawat Klinik Kesihatan Gedong.

Difahamkan kunjungan ke fasiliti kesihatan itu bertujuan untuk meninjau keadaan infrastruktur dan operasi di situ.

Selain itu, Khairy turut meninjau kuarters kediaman pekerja klinik kesihatan berkenaan.

Turut menyertai lawatan beliau ialah Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri.

Pagi tadi, Ahli Parlimen Rembau itu turut melawat Klinik Kesihatan Sadong Jaya dan Hospital Simunjan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan