Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Khairy Jamaluddin bergambar bersama Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri serta beberapa pemimpin tempatan sempena lawatan beliau ke klINIK kesihatan Sadong Jaya di sini hari ini. Foto TVS.

Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan naik taraf klinik Kesihatan Sadong Jaya

SADONG JAYA, 5 Sept: Kerajaan Persekutuan akan meluluskan segera peruntukan bagi menambah baik kemudahan di beberapa klinik kesihatan di sini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kelulusan itu termasuk untuk kerja menaik taraf beberapa peralatan di Jabatan Kecemasan dan laluan ke Klinik Kesihatan Keluarga (MCH).

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan menambah set generator di klinik berkenaan bagi mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik.

“Dengan adanya tambahan set generator, maka ianya merupakan pelan kecemasan sekiranya bekalan elektrik itu terganggu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan meninjau kemudahan kesihatan di situ.

Yang turut hadir,Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Micheal Tiang Ming Tee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari di Sarawak turut melawat Klinik Kesihatan Semera Lot.

Sementara itu, Nancy yang turut menyertai lawatan ke klinik berkenaan menyerahkan sumbangan RM3,000 bagi menjalankan aktiviti di situ. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan