Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kredit Pix : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah

Kepelbagaian budaya etnik Sabah dikenalpasti dan akan diketengahkan sebagai produk pelancongan

TAWAU, 5 September: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sedang dalam usaha mengenal pasti etnik yang pupus atau berupaya pupus namun kaya dengan budaya dan adat tradisi untuk diketengahkan sebagai produk pelancongan berasaskan warisan.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, perkara itu penting agar warisan budaya kepelbagaian etnik dapat terus diperkasa sekaligus dikembangkan menjadi produk pelancongan budaya yang menarik.

“Kementerian sedia bekerjasama dengan semua persatuan etnik yang ada untuk bersama memajukan sektor pelancongan di seluruh daerah menerusi kekayaan warisan budaya masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata selepas hadir dalam sesi libat urus bersama persatuan kebudayaan di Tawau dan Kalabakan di sini pagi tadi.

Katanya, beberapa perancangan masa hadapan akan diambil dalam usaha memperkasa budaya sebagai produk pelancongan antaranya penganjuran Hari Etnik peringkat negeri Sabah, serta pembinaan dewan budaya dan galeri di daerah Lahad Datu.

Jafry berkata, usaha itu bukan saja dapat mengekalkan kesenian tradisi, budaya dan warisan tetapi juga mampu beri impak kepada ekonomi masyarakat setempat.

Dalam masa sama beliau mahu semua persatuan etnik di Tawau dan Lahad Datu terus membangunkan kebudayaan, dan adat tradisi masing-masing agar tidak ditelan arus modenisasi.

Kira-kira 30 persatuan etnik hadir pada program itu termasuk persatuan Cocos Sabah, Persatuan Banjar Tawau, Persatuan Seni Budaya Idaan Segama, dan Persatuan Komuniti Tidung Sabah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan