KUCHING, 4 Sept : Sembilan orang yang mendiami tiga buah rumah di Kampung Hulu Sessang, Kabong hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran petang tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.33 petang tadi, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerah ke tempat kejadian.
“Kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan.
“Rumah pertama dan kedua musnah sepenuhnya manakala rumah ketiga hanya terbakar 15 peratus,” katanya PGO menerusi kenyataan media petang ini.
Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Muhd Shukur Jamaluddin itu tamat pada pukul 9 malam. – TVS